Thursday, February 5, 2009

602



602 adalah nombor yang bermakna dalam hidupku. Ia bukan hanya nombor tapi ia adalah satu yang tak mungkin akan aku lupa. Kerana nombor ini aku rasa aku akan pasti ingat akan satu tarikh yang membawa seribu erti.

Sebelum ini aku agak sering terlupa akan tarikh yang bersejarah dalam hidup kami. Hinggakan suatu ketika isteri kesayanganku merajuk kerana aku terlupa akan tarikh ini.

Ketika membeli kereta ke-2, kami berpeluang untuk memilih nombor pendaftaran kereta. Nombor ini adalah pilihan isteriku. Bijak sungguh isteriku, mungkin supaya aku tidak lupa lagi akan tarikh tersebut. Kereta ke-3 juga kami bersepakat untuk memilih nombor yang sama. Kerana kami yakin ini adalah nombor yang akan terus hidup bersama kami hingga akhir hayat.

Kenapa kah nombor itu amat bermakna?





Inilah tarikh yang menyatukan kami. Tarikh dimana kami memulakan hidup bersama menghadapi onak dan ranjau perjalanan yang yang berliku.

Tidak ku ingat untuk kali berapa aku tidak ada disisi isteriku menyambut tanggal 6hb Febuari. Namun segala kenangan pahit dan manis akan tetap tersemat dihati ku. Berdoa agar hidup kami dirahmatinya.

Buat isteri, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Abang doakan kita akan dapat bersama seperti dahulu untuk masa yang terdekat ini.

Buat anak-anak, abah doakan perjalanan hidup kamu akan dipermudahkan dan berjaya di dunia dan akhirat.



HAPPY ANNIVERSARY
I LUV U SO MUCH

1 comment:

Anonymous said...

he3..so romantik....he3..itu kan 4 hari sebelum besday atah.... bangganye atah...