Friday, December 5, 2008

Wednesday, December 3, 2008

Aku dan Bola

Bersempena cuti umum di UAE menyambut 'National Day' telah diada pertandingan bolasepak 5 sebelah. Perlawanan di adakan di Stadium Al Rashid (Al Ahli Club). Dalam 'Group League' team aku kalah 4 perlawanan dan seri satu perlawanan. Meneruskan perlawanan di peringkat 'Bowl Plate' yang mana hingga ke perlawanan akhir.


Bersama rakan pasukan IJM 'B'



Sebelum Perlawanan Akhir


Perlawanan Akhir


Bersama pingat yang dimenangi (1st Runner Up)



Bersama member2 menanti perlawanan

Wednesday, November 26, 2008

Kek hari Lahir


Adik punya kek nanti Abah masuk kan. Tak ada dalam simpanan Abah

Saturday, November 15, 2008

Nasi Mandi



Makanan orang Yemen bernama Nasi Mandi.

Bowling

Pertama kali berpeluang bermain bowling bersama isteri dan anak2 di One Utama. Niat sudah lama cuma kali ni je berkesempatan.

Tapi boring betul sebab dah lah lane tak berminyak, bolanya pun mengerutu semacam. Aku yang selalu boleh buat hook ball pun tak menjadi. Dah lah 'spare' pun tak dapat 'strike' jauh sekali. Isteri dapat juga strike sekali. Akhirnya kalah juga dengan my darling.

Anak2 pun nampak suka sangat dapat main bowling tu. Lain kali boleh main lagi. Nanti Abah akan tewas kan ibu.

Thursday, November 13, 2008

Syukur

Tik..tok..tik..tok (Bunyi jamlah tu). Pukul 7.00 pagi. Aku terus mengapai telepon bimbit dan mendail.

Tut...tut..tut...tut...tut...tut (Bunyi telepon le pulak). Tidak berjawab. Aku mendail sekali lagi. Juga tidak berjawab. Hatiku mula resah. Kenapa tidak berjawab. Ku tenangkan hati. Mungkin sedang sibuk kut.... Ku terus ke bilik air untuk ke tempat kerja. Selesai mandi aku terus mendail lagi.

Tut..tut...tut...tut. "Atahh dapat 5A" jawapan dari isteriku tanpa perlu aku bertanya.
"Alhamdullilah"itulah jawapan ku. Terima kasih dariNYA kerana menunaikan permintaan dari insan yang kerdil ini.

"Atah menangis. Ingatkan tak dapat 5A" sambung isteriku. "Atah. Cepat Abah nak cakap ni" isteriku memanggil anakku. "Macamana keputusan" tanyaku. "Atah dapat 5A" jawabnya.

"Tahniah" kataku.

Semoga ini adalah permulaan bagi anak ku untuk terus berjaya dimasa2 yang akan datang. Jadikan ia sebagai bekalan semangat untuk mencapai cita2 mu.

Wednesday, November 12, 2008

Lambang Salib


Lagi lambang salib di bangunan di negara yang sedang pesat membangun ketika ini. Adakah ini propaganda kaum yang memusuhi Islam. Bagaimana ianya tidak begitu sensitif dikalangan negara yang berbangsa Arab. Atau secara tidak sengaja direka bentuk sedemikian rupa. Hanya anda yang dapat menilaikanya.


Detik2

Tika ini pukul 1.30 pagi waktu di Dubai. Yang pastinya di Malaysia sudah jam 5.30 pagi. Aku pasti anak ku Natrah tidak tidur nyenyak menanti saat menerima sekeping kertas. Kertas yang memberi seribu makna buatnya. Beberapa jam lagi anakku akan menuju ke sekolah menantikan jawapannya. Adakah usaha selama ini akan membuahkan hasilnya.

Atah meminta ku kembali ke Malaysia untuk bersama2 mengambil keputusan UPSRnya. Aku menjawab 'Nanti bila nak hantar Atah masuk asrama Abah balik ". Begitulah harapan ku. Aku doakan dan memohon kepadaNYA agar memberi kejayaan yang cemerlang kepada Atah. Itu saja yang ku pinta.


Friday, November 7, 2008

Buat Anak2 Ku

Along


Atah


Afiq



Aqil



Adik



Baby


Anak2 Abah jauh dari pandangan
Tapi wajah tetap segar di hati

Telatah dan kerenah Abah rindukan
Hanya kenangan menjadi teman


Perjalanan hidup anak2 Abah masih jauh
Bekalkan dada mu dengan segala ilmu
Abah iringkan doa
Agar tercapai segala impian

Jasa dan pergorbanan ibu amat besar
Sendirian menguruskan segalanya
Dengarlah nasihat dan tekun belajar
Hanya itu yang ibu harapkan

Keadaan memaksa kita berjauhan
Moga ia menjadi hikmah dan teladan
Tapi kembalinya abah sudah pasti
Agar kejayaan kalian Abah saksikan





Nasi Minyak Ganu

'Here We Come Terengganu'

Berkesempatan mengunjungi ke Pantai Timur masa cuti tempohari. Dalam perjalanan "Siapa nak makan nasi minyak Terengganu". Apa lagi 'Nak.........' jawab anak2 dan isteriku.

Selama dua tahun tinggal di Chukai, banyak makan dari Terengganu yang telah di rasai. Paling suka makan nasi minyaknya. Lepas 'check-out' dari Cherating dan sebelum bertolak ke K.L, singgah sebentar di Pekan Chukai. Tempat tujuan sudah pasti gerai nasi minyak di tepi stesen teksi.




Chukai dah banyak berubah selepas 5 tahun kami meninggalkan nya. Tapi kedai nasi minyak tak sesat mencarinya. Apa lagi "Nasi minyak 7 dan 2 roti bakar" . Lepas makan aku pun bertanya takut2 aku sorang je yang suka nasi minyak Ganu ni. "Sedap tak" lalu anak sulung ku Along menjawab 'Sedaplah Abah nasi minyak Ganu ni".

Nak tahu kelainan nasi minyak Ganu kenalah rasa sendiri.

Pancing2

Aku bukan kaki pancing. Cuma mengisi masa lapang. Al maklumlah duduk jauh dari keluarga tersayang. Pak Ali, Granpda dan Puji adalah AJK pancing kami. Malam minggu mesti ada program memancing.

Abu Dhabi, Fujairah, Ras Khaimah, Ajman dan Sharjah adalah gelangang pancing kami. Kalau di Fujairah kami pancing di barge member yang buat projek kat sana. Ikan...memang banyak.
Di Abu Dhabi kami naik bot keliling di sekitar pulau2. Lubok ikan di tepi rumah api memang mengancam. Letak, angkat, letak dan angkat.
Ikan tangkapan macam kerapu, mayong, sheri, mackarel, timah, sebelah, pari dan barakuda.
Kadang2 kami intai2 kelong tinggalan. Apa lagi kalau yang dah terkepung kami mulakan operasi.


Sekarang2 ajk pancing kami dah kurang sorang, Puji. Jadi aktiviti pancing dah kurang. Tapi pengalaman bermalam di lautan dan di celah2 batu memang seronok.

Saturday, November 1, 2008

Suatu Hari Di Dalam Zoo

Kisah berkisar di dalam zoo dimana seorang anak bertanya pada ayahnya (orang KL le tu).

"Ayah2 binatang tu kita panggil apa?" tanya anak.
Ayah pun dengan selambanya menjawab "Binatang ni pun kamu tak tahu. Buat malu ayah je la kamu ni".
Dengan slang orang K.L nya ayah pun jawab "KERE".

Perbualan anak-beranak itu di dengari oleh seorang bapak yang datang dari Kedah. Dia pun menyampuk "Salah tu. Binatang tu kita panggil KERA" dengan loghat kedah.

Ayah K.L dan bapak Kedah pun bertegang urat menegak kebenaran masing2.

Tak semena2 lalu lah seorang Abah dari Negeri Sembilan. Dengan selambanya ia menjawab "Dua2 salah. Yang betulnya KORO".

Ayah dan bapak "!!!!!!!!".

Royal Brunei


Perjalanan pulang dari Negara Brunei Darul Salam ke KLIA setelah singgah sebentar di sana dari Dubai. Flight penuh mungkin ramai rakyat Malaysia bekerja disana.

Friday, October 31, 2008

Jalan Makan Angin

MUSANDAM terletak di negara Kesultanan Oman dan berhampiran dengan sempadan Emirah Arab Bersatu. Ke sana memang tak dirancang sebenarnya. Boss dah ajak. Dia kata nak naik bot keliling teluk dan gi pancing.

Perjalanan menerjah gunung dan ganang menjadi senario yang teruja. Maklumlah tempat orang. Sambil memandu sambil menikmati suasana di bumi asing.











Terus menempah bot yang agak besar dan selesa. Bot nelayan dibaisuai dan di atur sedemikian rupa. Perjalanan di hidangkan buah2an dan teh arab. Perjalanan menuju diteluk yang dikatakan mempunyai ikan lumba2 yang sering kesana.

Sepi Seorang Perindu - June 2008


Bilaku rindu padamu
Terasa ku hanya pintaku
Terbangkit resah terpandang wajah mu
Bertambah lah kasih sayang ku

Sesaat kau ku tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Bertapa sepi nya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padanya
Selagi kau masih ku cinta

Biar appapun yang memisahkan
Namun ku tetap mencintai
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merindui