Pancing2
Aku bukan kaki pancing. Cuma mengisi masa lapang. Al maklumlah duduk jauh dari keluarga tersayang. Pak Ali, Granpda dan Puji adalah AJK pancing kami. Malam minggu mesti ada program memancing.
Abu Dhabi, Fujairah, Ras Khaimah, Ajman dan Sharjah adalah gelangang pancing kami. Kalau di Fujairah kami pancing di barge member yang buat projek kat sana. Ikan...memang banyak.
Di Abu Dhabi kami naik bot keliling di sekitar pulau2. Lubok ikan di tepi rumah api memang mengancam. Letak, angkat, letak dan angkat.
Ikan tangkapan macam kerapu, mayong, sheri, mackarel, timah, sebelah, pari dan barakuda.
Kadang2 kami intai2 kelong tinggalan. Apa lagi kalau yang dah terkepung kami mulakan operasi.

S
ekarang2 ajk pancing kami dah kurang sorang, Puji. Jadi aktiviti pancing dah kurang. Tapi pengalaman bermalam di lautan dan di celah2 batu memang seronok.
No comments:
Post a Comment