Friday, November 7, 2008

Nasi Minyak Ganu

'Here We Come Terengganu'

Berkesempatan mengunjungi ke Pantai Timur masa cuti tempohari. Dalam perjalanan "Siapa nak makan nasi minyak Terengganu". Apa lagi 'Nak.........' jawab anak2 dan isteriku.

Selama dua tahun tinggal di Chukai, banyak makan dari Terengganu yang telah di rasai. Paling suka makan nasi minyaknya. Lepas 'check-out' dari Cherating dan sebelum bertolak ke K.L, singgah sebentar di Pekan Chukai. Tempat tujuan sudah pasti gerai nasi minyak di tepi stesen teksi.




Chukai dah banyak berubah selepas 5 tahun kami meninggalkan nya. Tapi kedai nasi minyak tak sesat mencarinya. Apa lagi "Nasi minyak 7 dan 2 roti bakar" . Lepas makan aku pun bertanya takut2 aku sorang je yang suka nasi minyak Ganu ni. "Sedap tak" lalu anak sulung ku Along menjawab 'Sedaplah Abah nasi minyak Ganu ni".

Nak tahu kelainan nasi minyak Ganu kenalah rasa sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

hehehe..hari kite gi tenganu tu bestz giler......rasa cam nak gi lagi jer.....

Bunian70 said...

Memang best. Ada rezeki kiter gi lagi. Naik kete besar sikit. Kita duduk lama sikit. Boleh gi kuala terengganu.